• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fatwa Terhadap Syiah Boleh Disemak Semula – Mufti P.Pinang

oleh Ahmad Albab
19/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Fatwa yang menetapkan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam boleh disemak semula berdasarkan beberapa hujah selepas mengambil kira konsensus mengenainya hanya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata ia boleh dilakukan selepas mengambil kira amalan penganutnya yang dilihat masih berada dalam lingkaran ajaran Islam, selain fahaman ASWJ tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

Bagaimanapun, katanya, fahaman Syiah perlu diamalkan secara tertutup kerana berbeza dengan fahaman ASWJ, selain dikhuatiri akan mengundang kecelaruan, sekali gus menyebabkan perpecahan lebih parah dalam kalangan umat Islam.

“Kita boleh semak semula dan mengiktiraf Syiah, walaupun ada beberapa kumpulan tertentu dalam mazhab ini dianggap terkeluar daripada Islam. Ia perlu dibuat berdasarkan hujah tekstual (al-Quran dan hadis sahih) serta rasional.

“Kita tak boleh memutuskan hukum berdasarkan kehendak sendiri, ia mesti dibuat mengikut dalil dan hujah. Selagi Syiah masih percaya kepada rukun Iman, maka mereka masih Islam dan perdebatan berkaitan elemen fiqah pula dibuat berdasarkan imam mereka.

“Lihat kerajaan Arab Saudi membenarkan Syiah di Iran dan Syria mengerjakan ibadah haji. Ia bererti mereka (Syiah) masih diiktiraf sebagai Islam dan bersaudara, walaupun terdapat perbezaan amalan serta perundangan,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan beberapa pihak membatalkan fatwa berhubung penetapan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam, yang diwartakan pada tahun 1996.

Wan Salim turut mengakui semakan semula itu akan mengundang ketegangan dalam kalangan umat Islam di negara ini dengan ia perlu diatasi melalui siri penjelasan yang berkesan.

“Semua pihak perlu mainkan peranan mereka. Kita faham perkara ini akan wujudkan ketegangan kerana nak harapkan setiap umat Islam setuju dengan semua perkara itu memang mustahil.

“Bagaimanapun, semakan semula ini bertujuan untuk mengelak daripada memberi peluang kepada musuh mengadu-domba dan mengeksplotasi titik perbezaan umat Islam. Syiah boleh diiktiraf, tetapi bukan untuk diamalkan secara meluas,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Mufti Pulau PinangSyiah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan bahawa konflik antara Iran dan...

6 Terbunuh Dalam Letupan Bom Sasar Sekolah Syiah Di Kabul

20/04/2022
0

KABUL – Dua letupan bom di sebuah sekolah pelajar lelaki di ibu negara Afghanistan, Kabul meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd