• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eropah Timur Catat Peningkatan Kes HIV

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Lebih daripada 130,000 penduduk disahkan dijangkiti virus HIV tahun lalu di Eropah Timur, jumlah tertinggi untuk rantau itu manakala Eropah Barat mencatatkan penurunan kes.

Kesatuan Eropah dan Kawasan Ekonomi Eropah menyaksikan penurunan dalam kadar 2017, kebanyakannya berpunca daripada pengurangan 20 peratus sejak 2015 di kalangan golongan homoseksual.

Menurut data dari pejabat serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC), hampir 160,000 penduduk Eropah disahkan dijangkiti virus HIV yang boleh menyebabkan penyakit AIDS.

“Sukar untuk bercakap mengenai khabar baik jika jumlah penduduk dijangkiti HIV semakin meningkat,” kata pengarah pejabat serantau WHO, Zsuzsanna Jakab.

Sambil menggesa kerajaan dan pegawai kesihatan menyedari betapa seriusnya keadaan itu, beliau turut menggesa pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya.

Agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengenai AIDS, UNAIDS pada Julai lalu memberi amaran bahawa sikap mudah berpuas hati menyebabkan usaha memerangi wabak itu tidak menunjukkan sebarang kejayaan. Hampir 37 bilion penduduk dunia dijangkiti virus terbabit.

Rantau Eropah WHO terdiri daripada 53 negara dengan jumlah keseluruhan penduduk hampir mencecah 900 juta. Kira-kira 508 juta penduduk menetap di 28 negara anggota Kesatuan Eropah termasuk Iceland, Liechtenstein dan Norway.

Laporan bersama itu berkata, sebilangan pesakit yang dijangkiti HIV hanya menyedari keadaan itu apabila sudah terlewat dan bermakna ia sudah terlebih awal disebarkan kepada individu lain.

Sejak AIDS mula menjadi satu wabak pada tahun 1980an, lebih daripada 77 juta penduduk dunia sudah dijangkiti virus HIV. Lebih separuh daripada mereka, 35.4 juta meninggal dunia akibat AIDS. – Reuters/myMetro Online

Tags: EROPAH TIMURHIV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd