• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Sabah Lulus Belanjawan Negeri 2019 RM4.16 Bilion

oleh
15/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah malam ini meluluskan Belanjawan Negeri 2019 berjumlah RM4.16 bilion.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Menteri Kewangan negeri telah membentangkan belanjawan lebihan pada 9 Nov lepas.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya, Mohd Shafie berkata Belanjawan Sabah 2019 menekankan perancangan kewangan yang menggambarkan aspirasi kerajaan negeri untuk mengekal dan meningkatkan prestasi pertumbuhan ekonomi serta diseimbangkan dengan matlamat untuk menyejahterakan rakyat dengan mengambil kira persekitaran dalaman, luaran dan cabaran globalisasi.

Katanya, kerajaan negeri percaya kekayaan ekonomi perlu dinikmati dan dikongsikan secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Beliau percaya ramai rakyat di negeri ini bersetuju belanjawan itu bersifat komprehensif, progresif, inklusif dan berpandangan jauh yang menekankan pembangunan lestari.

“Bajet Sabah 2019, yang telah dirangka, menekankan pertumbuhan sektor-sektor produktif agar tahap pembangunan ekonomi dapat dipertingkatkan lagi ke arah menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan bagi rakyat dan juga kerajaan,” katanya.

Mohd Shafie turut membidas cadangan belanjawan alternatif berjumlah RM16.6 bilion, yang dibentangkan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Solidariti-Tambunan) ketika membahaskan belanjawan negeri, sebagai tidak praktikal dan “boleh membawa Sabah ke lembah kehancuran”.

“Saya katakan demikian kerana sumber kewangan yang disebut dan disenaraikan oleh beliau itu belum lagi ada kepastian untuk kita dapat mengutipnya,” katanya, sambil menambah cadangan Jeffrey itu hanya satu angan-angan.

Mohd Shafie berkata dalam memastikan kewangan negeri diuruskan dengan baik, kerajaan perlu menekankan perbelanjaan mengikut keupayaan mengutip hasil. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd