Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Bayi Merangkak Jatuh Kolam...

GEORGETOWN - Dua kanak-kanak berusia satu tahun nyaris maut apabila dipercayai terjatuh dalam...

Buruh Binaan Maut Dihempap...

SEORANG pekerja warga Bangladesh maut akibat terperangkap di bawah runtuhan lantai bangunan yang...

Pemulihan Bekalan Air Lewat...

KUALA LUMPUR - Pemulihan bekalan air di beberapa kawasan di Klang, Shah Alam...

Nabil Bersyukur Diiktiraf Pengacara...

TAHNIAH... Nabil Ahmad menzahirkan rasa syukur apabila terima anugerah Pengacara Hiburan Terbaik di...

Desak Kerajaan Pilih Hapus Teksi Atau E-Hailing

KUALA LUMPUR – Isu yang membelenggu pemandu teksi dan e-hailing kini memasuki episod baharu apabila Persatuan Pemandu Teksi Eksekutif KL Sentral mendesak kerajaan memilih mengekalkan satu daripada perkhidmatan itu sebagai pengangkutan awam di negara ini.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Eksekutif KL Sentral, Mohd. Yusof Mohd. Diah, 65, berkata, pemandu teksi berdepan pelbagai tekanan termasuk kadar sewaan, penyelenggaraan dan sebagainya namun perkhidmatan e-hailing diberikan kebebasan menjalankan ‘undang-undang rimba’.

Katanya, kerajaan perlu belajar bagaimana beberapa negara maju lain yang tidak membenarkan perkhidmatan e-hailing namun mendidik pemandu teksi dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang dengan telus.

“Saya sarankan kerajaan, dalam satu belanga tidak boleh ada dua tukang masak. Jadi kalau hendak pakai teksi, hapuskan Uber (e-hailing), itu lebih baik.

“Hendak pakai aplikasi atau tidak itu hak kerajaan, dia boleh merancang, mengatur dan mendidik pemandu teksi. Atau pilihan kedua, buang ‘jambul’ teksi, buang meter, buat ‘undang-undang rimba’ kita boleh ikut macam e-hailing,. kita boleh ambil mana-mana penumpang tiada masalah, itu baru adil,” katanya.

Beliau berkata demikan kepada Utusan Online bagi mengulas mengenai Belanjawan 2019 yang akan dibentang di Dewan Rakyat, esok.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusof berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan prosedur operasi standard (SOP) sebagai panduan kepada pemandu-pemandu teksi bagi mengelakkan mereka daripada terlibat dalam sebarang pelanggaran peraturan.

“Sepatutnya pemandu teksi diberikan SOP apa yang boleh dan apa yang tidak, jika langgar baharulah diambil tindakan. Segelintir yang buat masalah tetapi akan terbabit kepada semua, ini tidak adil.


“Kalau hendak diikutkan, kami berada dalam tekanan jiwa dari segi masalah peribadi, keluarga, pihak berkuasa, kementerian, tetapi ke mana kami hendak mengadu. Kalau tidak boleh hendak buat, katakan tidak boleh,” tegasnya.

Sementara itu, Salim Karim, 58, yang berpengalaman selama 34 tahun memandu teksi berkata, kehadiran perkhidmatan e-hailing menyekat pendapatan harian pemandu teksi.

Ujar beliau, jika sebelum adanya perkhidmatan seperti Grab dan Uber di negara ini, mereka mampu meraih pendapatan lebih RM150 separuh hari namun kini pendapatan merosot sehingga sukar mendapatkan pendapatan RM100 sehari.

“Harapan saya, kerajaan pulangkan semula hak kami dengan membatalkan e-hailing. Kami terkesan terutama perlu membayar antara RM90 hingga RM130 sehari. Sekarang harga alat ganti pun mahal,” katanya.

Bagi pemandu kereta sewa, K. Soomaran, 65, pula mencadangkan kerajaan menyediakan lebih banyak lokasi penjualan gas asli kenderaan (NGV) serta menghapuskan perkhidmatan e-hailing.

“Kita susah cari makan. Kalau boleh kerajaan beri kelonggaran untuk dapatkan NGV kerana sekarang hendak isi gas kami kena berkorban satu hingga dua jam. Selain itu, dengan adanya Grab, Uber dan sebagainya menjadi punca 80 peratus daripada pemandu di sini susah cari makan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori