• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Buat Laporan Polis Terhadap Bendahari PAS Pusat

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata satu laporan polis akan dibuat terhadap Bendahari PAS Pusat Razman Zakaria yang menuduh DAP biadab terhadap raja-raja Melayu dalam isu penerimaan pingat.

Lim yang juga Menteri Kewangan menjelaskan tindakannya menyelar anggota DAP yang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran sebelum ini dilihat telah disalah tafsir oleh PAS sebagai satu bentuk penghinaan kepada institusi raja-raja.

“Saya cuma menasihatkan anak-anak buah (DAP) supaya jangan berkejar-kejar untuk dapatkan gelaran tetapi ini dianggap satu tindakan anti raja dan anti Melayu.

“Contohnya, apabila Ketua Menteri Melaka (Adly Zahari) tidak menerima anugerah tersebut mengapa ahli Exco menerimanya, ia sepatutnya tidak berlaku,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan Razman menyelar tindakan DAP yang enggan menerima pingat daripada istana sebagai tanda kebiadaban parti itu kepada raja-raja Melayu.

Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak dilapor berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak pada Sabtu lepas. – BERNAMA

Tags: DAPPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) didominasi DAP kerana didakwa berpegang kepada prinsip sekular iaitu memisahkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd