• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dalang Sindiket Dadah Eropah Dipenjara 7 Tahun

oleh Ahmad Albab
29/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Seorang ahli perniagaan Lubnan dipenjara tujuh tahun selepas didapati bersalah mendalangi rangkaian jenayah penggubahan wang haram menggunakan hasil jualan dadah di Colombia menerusi perniagaan barangan kemas mewah.

Mohamad Noureddine, 44, juga didenda 500,000 euro (RM2.4 juta) kerana mempunyai kepentingan dalam perniagaan hartanah dan barang kemas menggunakan sumber kewangan hasil jualan dadah serta konspirasi jenayah di beberapa negara.

Dia ditahan di Perancis pada Januari 2016, ketika serbuan polis serentak di Itali, Belgium dan Jerman, susulan maklumat daripada Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa Amerika mengenakan sekatan terhadap Noureddine kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Hizbullah, rangkaian yang disyaki beroperasi antara negara di Amerika Selatan, Eropah dan Asia Barat sejak 2012.

Agensi itu mendapati Perancis adalah pusat utama menempatkan anggota kumpulan itu dan sindiket di Eropah. Hasil kutipan jualan kokain di seluruh Eropah, kemudian disalurkan ke Lubnan sebelum ia dipindahkan kepada kumpulan penyeludup di Colombia.

Dana itu dipindahkan menggunakan sistem pembayaran cara lama yang digunakan pedagang rempah dikenali sebagai ‘hawala’ menerusi rangkaian dipercayai dilindungi dengan amanah.

Sebaik saja semua dadah dijual, rangkaian itu menggunakan operasi hawala untuk mengumpul semua hasil.

Semua wang tunai yang dikumpul digunakan untuk membeli barang kemas, jam dan kereta yang kemudian dijual semula di Lubnan dan Afrika Barat. – AFP/BH ONLINE

Tags: EropahSindiket Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan bantahan Malaysia terhadap kempen anti minyak sawit yang melampau di...

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

26/12/2025
0

KAJANG: Polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan merampas dadah seberat 6.2 tan, dianggarkan bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd