• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Perkenal Kereta Kebal ‘Bunuh Diri’ Jika Ditawan Musuh

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP negara pastinya mempunyai angkatan tentera dengan kekuatan tersendiri, khusus untuk mempertahankan kedaulatan masing-masing.

Seperti tentera Rusia dan Amerika Syarikat (AS) yang sering diperkatakan kehebatan mereka, angkatan tentera China juga tidak kurang hebatnya.

China misalnya telah memperkenalkan kereta kebal ‘kamikaze’ yang dilengkapi butang pemusnah khas seandainya tentera mereka berjaya ditangkap pihak lawan dalam peperangan.

Menerusi satu video yang disiarkan, kereta kebal VT-4 itu dibina dengan butang berkenaan dan ia diletakkan di posisi kapten kenderaan tersebut.

Ia dibina untuk mengelak dari ditahan musuh dan ramai peminat ketenteraan percaya bahawa butang itu berupaya memusnahkan sendiri kereta kebal berkenaan, jika mereka ditawan.

Namun, andaian yang dibuat mereka tidaklah seperti yang dibayangkan apabila butang itu sebenarnya tidak akan meletupkan keseluruhan kapal kebal berkenaan.

Ia sebaliknya hanya akan memusnahkan kelengkapan operasi kenderaan itu dan menjadikan ia tidak berguna, sekiranya ditawan musuh, bagi mengelak ia diambil alih.

Nama sebenar kereta kebal berkenaan ialah Captain Mission Terminal, model yang hampir sama dengan Blue Army Tracking yang dimiliki oleh tentera AS.

Kedua-dua model berkenaan menggunakan sistem pengesanan posisi GPS dan komunikasi satelit untuk mengesan musuh.

Ia juga didakwa sebagai antara kenderaan perang yang paling canggih di dunia dan pertama kali diperkenalkan pada 2012. –Star Daily/mStar Online

Tags: ChinaKereta Kebal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd