Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

PKBM Perlu Selesaikan Isu...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu Persekutuan Kebangsaan Berbasikal...

PRN Sarawak: Pertandingan Empat...

KAPIT : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh menyaksikan pertembungan empat penjuru dalam...

Harimau Yang Pernah Dilepaskan...

Heboh di China, seekor harimau Siberia yang pernah dilepaskan oleh Presiden Russia Vladimir...

KBS Nafi Pinggirkan Lee...

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan dakwaan meminggirkan bekas atlet renang...

Isu Laut: China Marah, Bertegas Dengan AS

BEIJING – China, hari ini berkata ia buat ‘kenyataan tegas’ dengan Amerika Syarikat selepas Tentera Laut AS belayar di Laut China Selatan yang menjadi rebutan, melepasi berhampiran pulau yang dituntut Beijing.

Ketegangan antara dua kuasa itu di perairan Asia yang menjadi rebutan berlaku ketika hubungan kedua-duanya tegang berhubung perdagangan membabitkan tarif bernilai berbilion dolar bagi barangan import setiap satunya.

Kapal USS Chancellorsville belayar berhampiran Kepulauan Paracel Isnin lalu untuk mencabar tuntutan maritim keterlaluan China, kata armada Pasifik AS dalam kenyataan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang, memberitahu taklimat akhbar kapal AS memasuki perairan China tanpa kebenaran dan Beijing ‘bersuara tegas’ mengenai perkara itu.

Tentera China berkata, ia menghantar kapal dan pesawat untuk memantau kapal AS dan memberi amaran supaya ia segera beredar.


Pelayaran Chancellorsville adalah yang terbaru dalam apa dikatakan AS sebagai operasi kebebasan pelayaran bertujuan mencabar apa dilihat sebagai aktiviti China mengehadkan kebebasan bergerak di perairan strategik itu.

Secara khusus, AS mengkritik tindakan China membina kepulauan di atas terumbu kecil dan beting dan memasang kemudahan tentera di situ, termasuk landasan dan pelabuhan.

Laut China Selatan turut dituntut Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam. — Reuters

Kategori