• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boy Tiger Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Cj Mnh
22/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh anak tiri lelakinya, dua minggu lalu.

Khairul Izaini Khairuddin, 31, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Qairil Aqmal Abdul Hakim berusia tiga tahun empat bulan di ruang tamu di sebuah rumah, No. 11-2B tingkat 3, Jalan Bukit Indah 5, Taman Bukit Indah, Ampang, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi, 8 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan kimia.

Sementara itu, Khairul Izaini akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sebentar nanti.

Pada 9 November lalu, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, maut dipercayai akibat didera. Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas 30 minit dihantar ke Hospital Ampang oleh bapa tiri serta ibu kandungnya dalam keadaan tidak sedarkan diri. – UTUSAN ONLINE

Tags: Boy Tigerkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd