• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Johor Kenal Pasti Kawasan Berisiko Banjir

oleh
20/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING – Beberapa kawasan di negeri ini dikenal pasti berisiko dilanda banjir pada penghujung tahun ini.

Kawasan itu termasuk beberapa penempatan Felda dan kawasan pedalaman di Batu Pahat, Tangkak, Kota Tinggi dan Mersing.

Justeru, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahya Madis berkata kesemua 29 balai bomba di seluruh negeri ini diarahkan untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Pemantauan perlu dilakukan berterusan bagi memudahkan kita melakukan operasi memindah dan menyelamatkan penduduk selain dapat mengoptimumkan kesiapsiagaan aset dan sumber,” katanya selepas meninjau kawasan berisiko dilanda banjir, bersama beberapa wakil media di sini, hari ini.

Yahya berkata pada masa ini, 1,179 pegawai bomba, 120 pegawai bomba bantuan dan 929 anggota bomba sukarelawan berada dalam kesiapsiagaan, dan cuti mereka akan dibekukan.

“Kita juga akan memastikan semua 148 kenderaan utiliti dan 63 bot penyelamat yang digunakan untuk operasi menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan, berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

“Pada masa sama, kita akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Johor dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dalam menyelaras persiapan menghadapi banjir,” katanya.

Yahya berkata orang ramai juga diharapkan agar sentiasa peka tentang keadaan banjir di kawasan masing-masing dengan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk akur dan patuh terhadap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Terdahulu, proses tinjauan yang menggunakan helikopter itu memberi tumpuan kepada kawasan Mersing sehingga ke Endau, termasuk penempatan bagi komuniti Orang Asli di Gunung Arong, Mersing. – BERNAMA

Tags: BanjirBomba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd