Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Banjir: FAMA Agih Barangan...

KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengagihkan bantuan barangan bernilai RM1,000...

GAMBAR: Wajah Terbaharu Lisa...

JIKA diperhatikan jarang-jarang sekali pelakon cantik Lisa Surihani menunjukkan baby bump di mana-mana  sama...

Warga Emas Cedera Dikelar...

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga emas cedera di bahagian leher selepas dikelar...

Persidangan Dewan Rakyat Ditangguh...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 19...

Bomba Dipukul Perusuh Kuil Dipindah Ke IJN

STABIL… Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang parah dibelasah perusuh kuil di Subang Jaya kelmarin telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman kepada pihak media ketika ditemui di lobi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) selepas menziarahi mangsa tersebut lewat malam tadi.

“Ketika ini Muhammad Adib dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” kata beliau sambil tambah pemindahan ke IJN bagi dapat rawatan daripada pakar serta terima alat bantuan oksigen yang terbaik di pusat rawatan tersebut.

Kisah mangsa dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya tular selepas dilaporkan cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki dalam rusuhan itu di kuil kontroversi tersebut.

Untuk rekod, Muhammad Adib, 24, telah ditarik keluar dari ambulans EMRS dan dipukul dalam rusuhan berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman ketika menjalankan tugas pemadaman kebakaran bersama-sama pasukan bombanya.

Dalam pada itu, Mohd. Azis berkata pihak berkuasa telah dapat maklumat terbaharu yang dipercayai dapat bantu kenal pasti individu yang bertanggungjawab dalam mencederakan mangsa di luar pekarangan kuil berkenaan.


Beliau malahan menjelaskan bahawa pihaknya sedang buru mereka yang terlibat dan tidak akan kompromi dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut ekoran rusuhan sekitar premis terletak di USJ 25, Putra Heights, kelmarin.

“Kita tengah giat buru mereka yang telah mengakibatkan anggota kita cedera. Kita ada sesuatu… Saya pun baru dapat maklumat tadi. Adalah benda-benda yang akan kita (polis) siasat. Kita akan ambil tindakan tegas…

“Apa yang telah berlaku melebihi had yang sepatutnya,” kata Mohd. Azis. Beliau bagaimanapun tidak maklum dengan lebih terperinci kerana bimbang boleh jejas proses siasatan pihak polis. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori