• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Akan Fail Rayuan Kerusi Cameron Highlands

oleh
30/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSEDIA… Barisan Nasional (BN) akan buat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertindak isytihar kekosongan kerusi Parlimen Cameron Highlands di Pahang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun dalam hantaran menerusi akaun sosial Twitter miliknya mengingatkan jentera BN dari parti komponen UMNO dan MIC bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.

“BN akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen Cameron Highlands. Jentera BN ditunjangi UMNO dan MIC mesti bersiap-siaga untuk hadapi semua kemungkinan.

“Ahli Parlimen (Cameron Highlands) akan tetap meneruskan perkhidmatan kepada para pengundi, biarpun dalam keadaan kepayahan,” kicau Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO melalui laman Twitter beliau pada hari ini.

Hari ini, mahkamah di ibu negara mengisytiharkan kemenangan BN bagi kerusi terbabit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk pengaruhi pengundi.

Sementara itu, Datuk C. Sivarraajh menafikan sebarang penglibatan dengan dakwaan rasuah dipalitkan terhadapnya sehingga kemenangan beliau bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU 9 Mei lalu tiba-tiba dibatalkan.

Memetik laporan sebuah media, Naib Presiden MIC itu berkata, keputusan aneh tersebut adalah sesuatu yang beliau sendiri tidak jangka malahan tuduhan calon DAP di kerusi tersebut, M. Manogaran jelas sama sekali tidak benar.

“Saya tidak lakukan rasuah. Saya tidak buat semua itu untuk kemenangan. Saya tidak beri komen sebaliknya ketika ini sedang bercakap dengan peguam tentang isu ini. Saya akan buat rayuan dengan Mahkamah Persekutuan,

“Ia dijangka dalam masa terdekat tapi saya ingin tegaskan, saya tidak lakukan rasuah,” katanya hari ini mengulas keputusan Mahkamah Pilihan Raya mengarahkan satu pilihan raya kecil baharu diadakan bagi kerusi berkenaan.

Sebelum ini, Manogaran yang merupakan Timbalan Pengerusi DAP Pahang dan kalah pada PRU lepas di kerusi itu telah memfailkan petisyen pada 4 Jun lepas berhubung kemenangan Sivarraajh yang juga ialah calon BN.

Dalam petisyen tersebut, Manogaran mendakwa Sivarraajh telah bertindak hulur rasuah kepada penduduk Orang Asli kawasan itu bagi kemenangan beliau untuk kerusi Cameron Highlands yang nyata salah di sisi undang-undang.

Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan amalan rasuah terbukti dilakukan dengan pengetahuan responden (Sivarraajh) dalam PRU itu, iaitu pemberian wang kepada pengundi untuk dorong mereka mengundi BN. – Agensi

Tags: Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

17/04/2022
0

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd