• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM Nafi Pancing Wakil Rakyat UMNO

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan dakwaan partinya sedang ‘pancing’ anggota Parlimen daripada UMNO agar sertai PPBM.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa PPBM mewujudkan pasukan petugas khas bagi tujuan itu.

“Saya fikir jika ada anggota UMNO, baik peringkat pucuk pimpinan tertinggi mahupun peringkat bahagian, berhasrat menyertai PPBM, itu adalah pilihan mereka.

“Parti terbuka kepada semua, bukan sahaja kepada anggota UMNO tetapi juga bukan anggota UMNO atau individu yang mahu menyertai parti ini, mereka dialu-alukan,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Rakyat, di lobi Parlimen di sini.

Menteri Dalam Negeri itu turut menegaskan tindakan sesetengah individu untuk menyatakan sokongan kepada parti tertentu adalah pilihan individu tersebut.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa wakil rakyat UMNO sedang dipancing oleh parti lain agar menyertai mereka.

Sementara itu, ditanya mengenai desas-desus rombakan kabinet dalam masa terdekat. Muhyiddin berkata beliau tidak tahu mengenainya.

“Saya tidak pasti tentang perkara itu, tapi bagi saya sendiri saya tidak ada mendengarnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: BERSATUUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membantu bekas Perdana Menteri,...

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Ikatan Demokratik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd