• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berhenti Menyanyi, Altimet Tolak Tawaran Lima Angka

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berpegang kepada keputusan berhenti menyanyi pada usia 40 tahun, Altimet menolak undangan membuat persembahan biarpun ada antaranya menawarkan habuan lima angka.

Altimet atau nama penuhnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang meraikan hari jadinya, semalam, mahu terus berpegang kepada janji tidak lagi menyanyi sebaik usia genap empat dekad.

“Sempena ambang tahun baharu, saya dapat lima lamaran (persembahan). Semuanya saya tolak biarpun rata-ratanya (bayaran) bernilai lima angka ke atas.

“Saya perlu berpegang pada kata-kata saya.

“Cuma apa yang agak ‘lari’ adalah soal konsert yang dirancang bulan ini, terpaksa ditunda Februari depan,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Altimet mengumumkan dia akan mengadakan konsert penutup sempena pengundurannya. Sebelum itu, dia mahu menghadiahkan sebuah album berjudul O.

Altimet berkata, mulai sekarang, dia tidak lagi bergerak sebagai rapper dalam industri muzik tempatan.

“Selepas album O dilancarkan, saya tidak akan menyanyi lagi. Tidak akan ada persembahan melainkan konsert pada Februari depan,” katanya.

Berkongsi perancangannya selepas berhenti menyanyi, Altimet berkata, dia akan mengusahakan perniagaan francais kedai gunting rambut atau barber.

“Saya juga melabur dalam syarikat pizza dan aplikasi pembelajaran al-Quran iaitu Recite yang baru dilancarkan di Malaysia.

“Selain itu, saya juga menerima beberapa tawaran berlakon filem serta teater. Namun, saya masih menimbangkannya,” katanya.

Altimet berkata, dia bagaimanapun akan terus berkarya dan mencipta lagu untuk penyanyi lain.

Semalam, pada sebuah majlis di Petaling Jaya, Altimet melancarkan album terakhirnya.

Album yang memuatkan 13 lagu itu dianggap perlambangan kerjaya seni Altimet atau kitaran hidup yang sudah lengkap.

Tambah Altimet, konsep album itu tercetus kira-kira lapan tahun lalu.

“Ketika itu, saya tak cukup kemahiran. Sekarang apabila sudah cukup pengalaman, saya boleh katakan, album ini adalah sebuah filem dalam bentuk audio,” katanya.

Apa yang menarik, album itu menyaksikan Altimet bekerjasama dengan rakan-rakan lama seperti Teh Tarik Crew, Aizat Amdan, Aisyah Aziz, Taufik Batisah, Hazama, Aina Abdul, Sona One dan Zizi Kirana.

Album yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia itu boleh dimuat turun daripada platform digital mulai 7 Disember depan.

Manakala album fizikal pula boleh didapati di pasaran mulai 21 Disember. Bersamamu adalah single pertama yang dipromosikan daripada album berkenaan. – BH ONLINE

Tags: Altimetpenyanyi rap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan beberapa pegawainya pergi ke kediaman seorang penyanyi rap baru-baru ini untuk menyerahkan surat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd