• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Dan Penjawat Awam Hargai Bayaran Khas

oleh
03/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menghargai pengumuman bayaran khas RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan dalam Belanjawan 2019 walaupun kerajaan berdepan dengan bebanan hutang negara yang tinggi.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata langkah kerajaan menyalurkan bayaran khas itu sebelum hujung tahun ini berbanding pada awal tahun depan seperti yang dilaksanakan sebelum ini dapat membantu penjawat awam dalam persediaan memulakan tahun baharu terutamanya dalam membeli peralatan persekolahan anak-anak.

“Ini menunjukkan kerajaan mengiktiraf penjawat awam sebagai tulang belakang negara walaupun jumlah itu sebenarnya tidaklah mencukupi tetapi dalam belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini nampak ada sinar untuk penjawat awam,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah serta RM250 kepada pesara kerajaan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion yang akan dibayar sebelum hujung tahun ini.

Azih juga mengalu-alukan bantuan RM250 itu akan dijadikan RM500 bagi pesara yang menerima pencen kurang daripada RM1,000.

“Saya berasa lega kerana ramai yang mendapat pencen rendah merungut pencen mereka tidak cukup walaupun kita tahu ada sebab pencen itu rendah, tetapi apa yang penting kerajaan telah menyatakan keprihatinan terhadap golongan ini,” katanya.

Mengulas mengenai peruntukan RM10 juta setahun untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak, Azih berkata inisiatif itu juga pertama kali diperkenalkan untuk 30,000 pegawai lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam supaya mereka juga dapat menikmati kemudahan seperti penjawat awam tetap.

“Nampaknya semua pihak yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam diberi perhatian dalam Belanjawan 2019 ini,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata penjawat awam menyatakan rasa syukur kerajaan meneruskan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi bahawa bayaran khas ini akan diteruskan dalam Belanjawan 2019, namun pengumuman ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan penjawat awam,” kata seorang penjawat awam, Marzuki Othman, 38.

Pegawai di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Go Kah Chong, 39, pula berkata bayaran khas itu menunjukkan Kerajaan PH mampu menguruskan kewangan dengan baik.

“Walaupun kerajaan berdepan masalah hutang, bayaran ini membuktikan kerajaan menghargai penjawat awam,” katanya.

Sementara itu, seorang guru Desmi Hartati Anuar, 36, pula menyambut baik inisiatif kerajaan memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters kerajaan memandangkan sesetengah kuarters kerajaan berada dalam keadaan sangat uzur.

“Contohnya Kompleks Perumahan Guru di Langkawi yang saya diami ketika ini yang perlu dibaiki terutamanya dari segi pendawaian dan paip,” katanya.

Pegawai Penerangan, Herlina Ainizawati Zakaria, 34, pula berkata peruntukan RM10 juta untuk menambah 50 taman asuhan kanak-kanak (taska) di bangunan kerajaan mampu meringankan bebanan ibu bekerja sepertinya yang mempunyai dua orang anak, masing-masing berusia empat dan dua tahun.

“Taska di pejabat akan memberi banyak implikasi positif sama ada pada aspek masa serta wang, dan paling penting ia memberi keselesaan kepada kami sekali gus boleh meningkatkan fokus dan prestasi di pejabat,” katanya sambil menambah langkah itu juga memberi kesan terhadap perkembangan kanak-kanak. – BERNAMA

Tags: CuepacsDatuk Azih Muda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd