• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Balik Hasil Sabah: Pusat Boleh Buat Berperingkat

oleh Cj Mnh
30/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap penangguhan pembayaran balik 40 peratus kutipan hasil dari negeri Sabah oleh kerajaan persekutuan cuma bersifat sementara.

Katanya bayaran balik 40 peratus hasil kepada Sabah itu adalah hak Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) namun atas faktor kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan persekutuan itu, bayaran balik itu boleh dilakukan secara berperingkat.

“Kita maklum tentang perkara ini. Tapi kitapun sedar dalam keadaan kekangan kewangan di peringkat negara kita, kita juga kena faham. Tetapi dalam keadaan begitu, kita (negeri Sabah) juga berhadapan (tanggungjawab) membayar hutang.

“Jadi saya berharap, kalaupun tidak dapat ditunaikan keseluruhannya (40 peratus), tetapi sedikit sebanyak (dibayar) secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pembayaran dividen Perbadanan Pinjaman Sabah kepada kerajaan negeri di sini hari ini.

Pada majlis itu, Perbadanan Pinjaman Sabah menyerahkan dividen kepada kerajaan negeri sebanyak RM7 juta dan faedah RM844,447, serta zakat kepada pusat zakat Sabah RM100,041.77.

Mohd Shafie berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini yang mengatakan kerajaan persekutuan terpaksa menangguhkan pembayaran balik 40 peratus hasil dari Sabah kepada negeri berkenaan disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan pusat.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata dalam situasi kekangan kewangan yang dihadapi negara sekarang Sabah perlu bersifat realistik dan tidak mahu terlalu menekan atau mendesak sehingga meletakkan negara dalam keadaan sukar.

“Kita selalu menggunakan pendekatan berhemah dalam pengurusan, bukan sahaja dalam aspek kewangan, tetapi juga sebagai sebuah negara kita bersikap kekeluargaan. Dalam membentuk Malaysiapun kita lakukan perundingan. Jadi perundingan ini perlu dilakukan. Jangan pula nanti ada masalah. Kalau sakit di pusat, kita pun jadi teruk di sini,” katanya.

Justeru Mohd Shafie menegaskan bahawa kerjasama dengan kerajaan pusat dan negeri perlu terus dieratkan seterusnya menterjemahkan keeratan kerjasama itu dengan bersama-sama membangunkan Sabah dan mensejahterakan rakyatnya.

Mengenai pendirian kerajaan negeri Sarawak mengenai beberapa perkara yang tidak boleh dirunding di bawah MA63 termasuk hal imigresen, Mohd Shafie berkata bagi Sabah sudah ada platform di peringkat persekutuan yang ditubuh menyuarakan perkara yang perlu disuarakan Sabah berhubung MA63.

“Kita sudah ada perbincangan di peringkat pusat. Tarikh sudah ditetapkan untuk mesyuarat yang akan di panggil oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Baik kita bincang di dalam (jawatankuasa itu) daripada membincangkannya di luar. Itulah jalan terbaik melakukannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: bayaran balikHasil Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Kenderaan Logistik Belum Terima Kad Fleet Boleh Mohon Bayaran Balik 1 Julai Ini

Pemilik Kenderaan Logistik Belum Terima Kad Fleet Boleh Mohon Bayaran Balik 1 Julai Ini

12/06/2024
2

KUALA LUMPUR : Kerajaan sudah membangunkan mekanisme interim membabitkan pembayaran semula secara tunai kepada pemilik kenderaan logistik yang diluluskan di...

Peminjam Diberi 2 Pilihan Bayar Balik Pinjaman

06/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 dan perusahaan mikro dengan pinjaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd