• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Kenderaan Logistik Belum Terima Kad Fleet Boleh Mohon Bayaran Balik 1 Julai Ini

oleh Mohd Arshad
12/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
Pemilik Kenderaan Logistik Belum Terima Kad Fleet Boleh Mohon Bayaran Balik 1 Julai Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan sudah membangunkan mekanisme interim membabitkan pembayaran semula secara tunai kepada pemilik kenderaan logistik yang diluluskan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 namun belum mendapat fleet card.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan menjelaskan, pemilik kenderaan logistik yang diluluskan dan belum menerima fleet card boleh memohon pembayaran semula ini bermula pada 1 Julai melalui portal BUDI MADANI.

https://budimadani.gov.my.

“Pemohon hendaklah menyimpan resit pembelian diesel untuk tujuan audit. Untuk layak menerima pembayaran semula ini, pemilik kenderaan logistik hendaklah membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di bawah SKDS 2.0 selewat-lewatnya pada 30 Jun ini,” katanya.

Katanya, mekanisme interim pembayaran semula ini bertujuan untuk menampung perbelanjaan tambahan pemohon sehingga menerima fleet card atau bagi tempoh maksimum dua bulan, mana-mana yang terdahulu.

“Oleh itu, kerajaan menyarankan semua pemilik kenderaan logistik yang telah diluluskan di bawah SKDS 2.0 untuk segera memohon fleet card secepat mungkin melalui portal https:/mysubsidi.kpdn.gov.my,” katanya.

Katanya, mekanisme ini adalah kaedah sementara untuk menampung perbezaan harga antara harga runcit diesel baharu iaitu RM3.35 seliter dan harga SKDS 2.0 sebanyak RM2.15 seliter.

Sementara itu, memetik Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah, berkata kerajaan giat.

memastikan penyasaran subsidi mencapai objektifnya.

Terutamanya kata beliau, membabitkan pelaksanaan SKDS 2.0 yang membolehkan kenderaan logistik tertentu kekal memperoleh diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter.

“Kerajaan mahu pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel berjalan dengan lancar dan akan sentiasa memantau perkembangan aktiviti sektor logistik.

“…kerana dengan pelaksanaan SKDS 2.0, tiada sebab munasabah untuk mereka bertindak menaikkan harga yang boleh mengesankan rakyat.

“Pembayaran semula secara tunai inilangkah sementara kerajaan untuk terus membantu pembekal perkhidmatan logistik supaya tidak terkesan dengan perubahan harga runcit diesel,” katanya.

-Berita Harian

Tags: bayaran balikKad FleetKenderaan Logistik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peminjam Diberi 2 Pilihan Bayar Balik Pinjaman

06/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 dan perusahaan mikro dengan pinjaman...

Lanjutan Masa Bayaran Balik PTPTN Kepada 6 Bulan

23/03/2020
0

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memberikan lanjutan masa daripada tiga bulan kepada enam bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd