• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Patuhi Arahan Berpindah Awal Elak Masalah – Bomba

oleh Ahmad Albab
19/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Penduduk tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan agar tidak berdegil dengan arahan berpindah dikeluarkan pasukan penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi lain bagi mengelak perkara tidak diingini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata keengganan sesetengah penduduk berpindah ketika diarahkan pasukan penyelamat akan hanya menimbulkan kesukaran kepada banyak pihak.

“Apa yang berlaku, penduduk tidak mahu berpindah ke tempat selamat apabila diarahkan…namun apabila paras air sudah kritikal…hendak menenggelamkan rumah mereka, barulah hendak menghubungi pasukan penyelamat.

“Ini antara kesukaran dihadapi pasukan penyelamat kerana mungkin mereka hubungi pada waktu malam dengan risiko arus deras yang merbahaya. Sebab itu kita berharap penduduk patuhi sahaja arahan berpindah yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesiapsiagaan Komuniti Dalam Menghadapi Fenomena Monsun Timur Laut di sini hari ini.

Seramai 150 ketua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu menghadiri seminar tersebut.

Soiman berkata seminar sehari itu turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam penambahbaikan sistem pengurusan banjir kepada penduduk Pantai Timur dan bahagian Timur Johor.

“Pendedahan mengenai pencegahan wabak penyakit dan agihan makanan serta bantuan barangan keperluan oleh JKM turut didedahkan kepada peserta seminar ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bomba Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata pihaknya akan mengadakan taklimat keselamatan di air kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu agar mereka lebih memahami aspek tersebut dengan lebih mendalam.

“Pegawai atau anggota bomba dari balai berdekatan dengan PPS itu akan memberi tunjuk ajar dalam sesi taklimat tersebut agar mangsa lebih bersedia dan berpengetahuan dalam teknik menyelamat di air yang asas untuk orang awam,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirBomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd