• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat Di Beberapa Tempat Di Klang

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Kapar dan Meru di sini, mengalami banjir kilat.

Smart Selangor Command Centre (SSCC) dalam satu kenyataan hari ini berkata lokasi yang terjejas ialah Jalan Benteng dan Jalan Kenangan di Kapar serta Taman Meru Makmur 2 di Meru.

“Di Kapar, hujan lebat sejak awal pagi tadi turut menyebabkan paras air Sungai Kapar meningkat dan berlaku limpahan air disebabkan terdapat ban yang ditarah penduduk setempat.

“Berikutan itu, beberapa langkah penyelesaian dibuat di kawasan terjejas termasuk menggali muara Sungai Kapar serta menambah pam di pintu air Sungai Kapar bagi menangani keadaan banjir tersebut,” katanya.

Sementara itu di Meru, banjir kilat di Taman Meru Makmur 2 menyebabkan sebuah rumah penduduk di situ terjejas.

Menurut kenyataan itu, beberapa agensi berkaitan diarahkan untuk memantau keadaan di kawasan tersebut berikutan air belum surut sepenuhnya.

“Bagaimanapun setakat ini tiada pusat perpindahan dibuka di lokasi terjejas di Kapar dan Meru. SSCC berharap banjir kilat ini akan surut sepenuhnya lewat petang ini berikutan hujan sudah berhenti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd