• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahana Maki Anggota Polis Bertugas

oleh
17/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Berang kenderaannya disaman, seorang lelaki memaki anggota polis yang bertugas menjaga lalu lintas dalam kejadian di hadapan bangunan Stadthuys, Jalan Laksamana, di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 3 petang dikatakan berlaku apabila lelaki berusia 39 tahun itu tidak berpuas hati kerana disaman selepas didapati parkir kenderaan di tepi jalan yang menghalang lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata selepas mengeluarkan saman anggota trafik meneruskan tugasnya sebelum didatangi lelaki berkenaan.

“Lelaki itu kemudian menjerit kepada anggota polis terbabit di tengah jalan dengan menyebut ‘siallah kau’,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Afzanizar berkata, kejadian terbabit turut disaksikan dua lagi anggota lain serta pengguna jalan raya yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

“Susulan itu lelaki berkenaan kemudian ditahan kira-kira jam 1.45 pagi tadi oleh sepasukan polis di kediamannya di Pokok Mangga, di sini.

“Semakan dilakukan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau,” katanya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – BH Online

Tags: maki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tumbuk Majikan Sampai Mati Selepas Dimaki ‘babi’

Tumbuk Majikan Sampai Mati Selepas Dimaki ‘babi’

06/02/2023
0

Alor Setar : Perkataan 'babi' yang terkeluar dari mulut seorang lelaki terhadap pekerjanya dipercayai menjadi punca suspek hilang sabar dan...

Video: Bagi Nasihat, Tapi Dimakinya Balik

06/08/2017
0

PERNAH dengar tak si pemberi nasihat kena maki apabila dia bagi nasihat? Dah biasa dengar kan? Sebab apa sebenarnya jadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd