• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kuil: MBM Saran Hanya KDN Keluar Kenyataan

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan United Malaysian India Youth (UMIY) mencadangkan hanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dibenar mengeluarkan kenyataan mewakili kerajaan berhubung insiden pergaduhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Presiden MBM, Jufitri Joha berkata ia bagi mengelak berlaku sebarang percanggahan fakta berhubung kejadian itu.

“Sebarang kenyataan perlu dibuat secara berhemah terutama melibatkan isu sensitif demi kestabilan dan keamanan negara yang kita kecapi selama puluhan tahun ini.

“MBM dan UMIY berharap kerajaan tidak terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan sebarang percanggahan fakta kes,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah wakil daripada UMIY iaitu antara badan belia di bawah MBM, yang dianggotai Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO), Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (KBBT), Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) dan Majlis Belia India Malaysia (MIYC).

Jufitri turut menegaskan insiden yang berlaku tiada kaitan dengan isu perkauman mahupun perbalahan agama sebaliknya melibatkan dua entiti iaitu pihak pengurusan kuil Maha Mariamman dan pemaju.

Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata badan itu akan menyiasat sama ada wujudnya pencabulan hak asasi dalam kejadian kekecohan di kuil itu yang tercetus awal pagi Isnin lepas.

Pesuruhjayanya Jerald Joseph berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat berkaitan isu tanah kuil berusia 147 tahun itu yang tidak menemui sebarang jalan penyelesaian sejak 1980an lagi.

“Kami menyeru pihak kerajaan pusat dan negeri bertanggungjawab selesaikan isu kuil ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perbincangan bersama Jawatankuasa Badan Bertindak Seafield Sri Maha Mariamman di perkarangan kuil itu hari ini. – BERNAMA

Tags: insiden kuilMBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

687 Kuil Hindu Tanpa Kebenaran Direkodkan Di Selangor

Jangan Beri Tanah, Wang Kepada Penceroboh

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub SHAH ALAM – Aktivis masyarakat, Tamim Dahari, hari ini menyerahkan satu memorandum tuntutan berkaitan isu pencerobohan tanah di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd