• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Bebaskan Putera Khalid

oleh Ahmad Albab
06/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan Putera Khalid bin Talal selepas hampir setahun ditahan, kata ahli keluarganya kelmarin selepas kerajaan itu berdepan tekanan antarabangsa susulan pembunuhan seorang wartawan, Jamal Khashoggi.

Pembebasan Putera Khalid yang merupakan abang kepada bilionair Putera Al-Waleed bin Talal disahkan oleh sekurang-kurangnya tiga ahli keluarganya di platform Twitter dengan memaparkan gambarnya mencium dan membelai anak lelakinya yang terlantar koma sejak beberapa tahun lalu.

“Terima kasih Tuhan atas kesihatannya,” kata anak saudaranya, Puteri Reem binti Al-Waleed menerusi Twitter berserta gambar pembebasan putera tersebut bersama ahli keluarga yang lain.

Kerajaan tidak memberi sebarang penjelasan umum berhubung penahanannya atau syarat pembebasannya.

Akhbar Wall Street Journal melaporkan bahawa beliau ditahan selama 11 bulan kerana mengkritik kekerasan yang dilakukan golongan elit kerajaan November lalu yang me­nyaksikan berpuluh-puluh putera, pegawai dan taikun perniagaan ditahan di Hotel Ritz-Carlton di Riyadh.

Kerajaan melabelkannya sebagai membanteras rasuah, namun kritikan mengatakan ia cubaan oleh Putera Mahkota, Mohammed bin Salman yang merupakan pewaris takhta Arab Saudi menyingkirkan musuh berpotensi dan mengukuhkan kuasa.

Sebelum ini, Putera Al-Waleed yang digelar Warren Buffet Arab Saudi merupakan antara yang ditahan dan dibebaskan awal Januari lalu selepas bersetuju dengan satu perjanjian kewangan dengan kerajaan yang tidak didedahkan. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Arab SaudiKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd