• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Bom: Polis Giat Kesan Individu Panggilan Palsu

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis kini sedang giat mengesan individu yang membuat panggilan ancaman bom untuk mencetuskan panik di Hospital Pakar KPJ Seremban di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata selepas menerima maklumat itu dari pihak hospital pukul 4.50 petang semalam, polis bergegas ke lokasi dan telah mengarahkan bangunan itu dikosongkan untuk tujuan pemeriksaan rapi.

“Panggilan itu dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa terdapat bom di dalam bangunan berkenaan, bagaimanapun selepas pemeriksaan dilakukan, polis tidak menemui sebarang objek meragukan.

“Kita masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu yang membuat panggilan palsu ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.

Semalam, Hospital KPJ Seremban gempar selepas menerima panggilan ancaman bom berikutan itu seramai 117 pesakit dan 50 kakitangan hospital terlibat diarahkan mengosongkan bangunan.

Pemeriksaan selama dua jam oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Unit Anjing Pengesan di bangunan lapan tingkat itu mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui. – BERNAMA

Tags: KPJ Serembanpanggilan palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital KPJ Seremban Gempar ‘Ancaman Bom’

27/11/2018
0

SEREMBAN — Hospital Pakar KPJ Seremban di sini gempar hari ini berikutan menerima ancaman bom daripada individu tidak dikenali pada...

Waspada Panggilan Palsu Menyamar SPRM

04/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon meragukan mendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd