• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital KPJ Seremban Gempar ‘Ancaman Bom’

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN — Hospital Pakar KPJ Seremban di sini gempar hari ini berikutan menerima ancaman bom daripada individu tidak dikenali pada jam 4.45 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima maklumat awal kejadian daripada pihak polis pukul 5.07 petang dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

“Seramai 117 pesakit biasa, lima pesakit unit rawatan rapi dan 169 kakitangan diarahkan mengosong bangunan serta merta dan berkumpul di perkarangan hospital. Malah ada juga pesakit yang kritikal terpaksa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) buat sementara.

“Seramai 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Seremban 2 serta pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dikerahkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan diawasi rapi oleh anggota keselamatan dan suasana dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, kira-kira dua jam kemudian, pesakit dibenarkan memasuki semula bangunan secara berperingkat.

Namun, sehingga pukul 7.05 malam, pasukan polis termasuk Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) masih menjalankan pemeriksaan di bangunan lapan tingkat itu. — BERNAMA

Tags: Ancaman BomKPJ Seremban
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sahkan Terima Laporan Ancaman Bom Di Menara MBJB

Polis Sahkan Terima Laporan Ancaman Bom Di Menara MBJB

12/02/2024
0

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum, di Johor Bahru...

Sekolah Terima Ancaman Bom, Polis Pulau Pinang Buka Dua Kertas Siasatan

Sekolah Terima Ancaman Bom, Polis Pulau Pinang Buka Dua Kertas Siasatan

21/11/2023
0

Georgetown : Polis Pulau Pinang membuka dua kertas siasatan susulan dua sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ugutan ancaman bom,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd