• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aminuddin Nafi Tolak Streram Calon PRK Rantau

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun hari ini menafikan kononnya Cabang Rembau menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram untuk dicalonkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri itu berkata dakwaan yang mendakwa kononnya nama bekas calon PKR bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas ditolak cabang berkenaan berikutan bukan anak tempatan, adalah tidak berasas.

“Kalau betul Dr Streram tidak layak menjadi calon di DUN Rantau, sepatutnya mereka (Cabang Rembau) sudah menolak beliau sewaktu pemilihan PKR sebagai timbalan ketua cabang. Beliau telah berkhidmat bakti lebih 15 tahun kepada masyarakat di Rantau dan Rembau dan sering berulang alik.

“Jadi tidak timbul isu soal calon tempatan dan bukan tempatan. Saya juga sudah mengadakan perjumpaan dengan (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekarang ini saya serahkan kepada beliau untuk memutuskan siapa yang layak bertanding,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2018 Sekolah Kebangsaan Sikamat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini yang melaporkan pakar bius itu ditolak Cabang Rembau sebagai calon PRK DUN Rantau akan datang.

Pada Rabu lepas, Aminuddin yang juga Menteri Besar dipetik sebagai berkata PKR Negeri Sembilan mencadangkan tiga nama termasuk Dr Streram untuk dicalonkan bagi PRK DUN Rantau dan namanya adalah keutamaan.

Pada 28 April lepas, Dr Streram tidak dibenarkan bertanding dalam PRU14 ekoran ketiadaan pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memasuki pusat penamaan calon dan lantaran itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, diumumkan menang tanpa bertanding kerusi tersebut.

Pada 23 Mei lepas, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandangnya, Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, tidak dipilih secara sah dan terbatal.

16 Nov lepas, Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini memutuskan PRK DUN Rantau perlu diadakan serta merta berikutan kemenangan Mohamad di kerusi itu adalah tidak sah dan terbatal. – BERNAMA

Tags: Aminuddin HarunDr S.StreramPRK Rantau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

06/02/2020
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

5 Penyokong Parti Politik Tak Mengaku Salah Periksa Kereta Polis

18/07/2019
0

SEREMBAN - Lima individu dipercayai penyokong parti politik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini, atas pertuduhan menghalang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd