• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran Banjir Di Hulu Terengganu, Setiu

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran kepada penduduk di dua kawasan lembangan Sungai Terengganu supaya bersiap sedia berdepan banjir yang diramal bermula hari ini.

JPS, dalam satu kenyataan, meminta penduduk di 49 kampung di Setiu dan Hulu Terengganu diminta berwaspada kemungkinan banjir yang diramal bermula malam ini.

Menurutnya, 28 kampung di sepanjang Sungai Telemong, Hulu Terengganu dan 21 kampung di sepanjang Sungai Nerus dijangka mula dilanda banjir bermula jam 10 malam ini.

Di Hulu Terengganu ia membabitkan Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Nibung, Kampung Paluh Nyior, Kampung Bukit Tanduk dan Kampung Paya Besar.

Turut dijangka terjejas ialah Kampung Jak, Kampung Matang, Kampung Menerong, Kampung Batu 24, Kampung Kepah, Kampung Pasir Dula, Kampung Teris, Basung, Kampung Tengkawang, Kampung Kuala Ping, Kampung Tapah, Kampung Temala, Kampung Tok Lawit dan KM11 Jalan Sekayu.

Bukit Balik Hidung, Kampung Pasir Pelata, Kampung Kua, Kampung Padang Stor, Kampung Bukit Perah, Kampung Lubuk Periuk, Kampung Langgar Hilir, Kampung Langgar Hulu, Kampung Baung dan Kampung Bukit Gemuruh.

Selain itu, di Setiu kawasan dijangka terjejas ialah Kampung Permaisuri, Kampung Buluh, Kampung Tasik, Kampung Nyatoh, Kampung Langkap, Kampung Che Long, Kampung Ulu Seladang, Kampung Pengkalan Merbau, Kampung Chalok, Kampung Sungai Tong.

Kampung Bukit, Kampung Telaga Putat, Kampung Laut, Pulau Gemia dan Kampung Kubang Kesing, Kampung Gong Terap, Kampung Guntong, Kampung Gelugor, Kampung Merbau Menyusup dan Kampung Guntung Dalam.

Sehubungan itu penduduk diminta berwaspada dan sentiasa menghubungi pusat kawalan operasi banjir berhampiran.

Penduduk juga boleh mendapatkan maklumat di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan twitter @JPS_InfoBanjir. – BH ONLINE

Tags: BanjirTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd