• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Sri Lanka Bertumbuk

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Parlimen Sri Lanka bertukar menjadi huru-hara semalam apabila sebilangan wakil rakyat bertumbuk dan membaling objek sehari selepas mereka mengundi menyingkirkan Perdana Menteri, Mahinda Rajapakse.

“Sukar untuk menge­tahui siapa yang memukul siapa, tetapi beberapa orang cedera, cuma tidak serius,” kata seorang pegawai di Parlimen kepada AFP.

“Speaker menangguhkan sidang Parlimen buat sementara waktu. Seorang Ahli Parlimen terpaksa dimasukkan ke hospital,” tambahnya.

Sri Lanka telah berdepan krisis politik hampir tiga minggu selepas Presiden Maithripala Sirisena memecat Ranil Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri dan menggantikannya dengan Mahinda pada 26 Oktober lalu.

Sirisena kemudian membubarkan Parlimen negara itu dan menetapkan pilihan raya semula pada Januari depan. Bagaimanapun tindakan itu digantung oleh Mahkamah Agung awal minggu ini sementara menunggu siasatan.

Kelmarin, Ahli Parlimen Sri Lanka berjaya memperoleh majoriti meluluskan usul undi tidak percaya kepada Kabinet Mahinda, selain turut meluluskan gerakan mengisytiharkan tindakan Maithripala sebagai tidak sah. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Ahli ParlimenSri Lanka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd