• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agih Peruntukan Naik Taraf, Selenggara Sekolah Ikut Keperluan Bukan Aliran

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peruntukan tahunan yang diberikan kerajaan kepada sekolah perlulah mengambil kira jumlah komposisi pelajar dan bukannya ‘memukul rata’ mengikut aliran (kumpulan) sekolah.

Mengulas peruntukan RM652 juta bagi menaik taraf dan menyelenggara sekolah yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 baru-baru ini, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Setiawangsa Amir Sahudi berkata ini kerana perbelanjaan sesebuah sekolah itu berbeza dan bergantung mengikut pelbagai faktor terutamanya jumlah murid dan lokasi sekolah.

Katanya sekolah di kawasan luar bandar dan pendalaman misalnya mungkin memerlukan peruntukan yang lebih tinggi bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

“Malaysia mempunyai kira-kira 10,200 sekolah seluruh negara, kita ada sekolah bandar, luar bandar dan pendalaman dan kita juga ada sekolah ‘high capacity’ yang muridnya mencecah 3,000 murid dan sekolah dengan hanya 50 murid.

“Kerajaan perlu ambil kira semua perkara itu, jadi sebelum mereka (kerajaan) membuat kenyataan atau keputusan mereka perlu kaji la dulu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 Nov lepas mengumumkan daripada peruntukan RM652 juta itu, sebanyak RM250 juta diperuntukkan bagi menaiktaraf dan menyelenggara sekolah kebangsaan di seluruh negara.

Manakala, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Tahfiz masing-masing akan menerima peruntukan RM50 juta.

Selain itu, sekolah pondok yang berdaftar akan menerima RM25 juta manakala Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) masing-masing akan menerima RM15 juta dan RM12 juta.

Susulan pengumuman itu, beberapa pihak termasuk Majlis Perundingan Melayu (MPM) mengkritik agihan peruntukan tersebut yang disifatkan tidak adil dan saksama (equitable) kerana menjadikan peruntukan purata yang lebih kecil bagi sekolah kebangsaan yang mempunyai jumlah yang lebih banyak berbanding sekolah-sekolah lain.

Pandangan serupa turut dilontar Penganalisis Ekonomi, Dr Baayah Baba yang berpendapat sebarang peruntukan kepada sesuatu sektor perlulah melihat kepada mereka yang memerlukan dan bukannya mengikut faktor lain.

Menurutnya, peruntukan pada Sekolah Kebangsaan dilihat tidak adil dan tidak bersesuian dengan jumlah yang diperuntukkan.

Katanya walaupun pada dasarnya peruntukan sebanyak RM250 juta merupakan satu jumlah yang besar namun jumlah Sekolah Kebangsaan jauh lebih banyak daripada sekolah aliran lain.

“Sekolah aliran lain seperti sekolah persendirian Cina jumlahnya sikit, jadi untuk setiap sekolah mereka akan dapat lebih (peruntukan),” katanya. – BERNAMA

Tags: naik tarafSekolah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd