• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Perdana: AADK Tahan 108 Individu Positif Dadah

oleh Ahmad Albab
01/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur (WPKL) menahan 108 individu yang disyaki positif mengambil dadah dalam Operasi Perdana Siri 9/2018, di sekitar bandaraya awal pagi ini.

Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata daripada jumlah itu, 95 merupakan lelaki manakala 13 ialah wanita.

Beliau berkata kesemua mereka gagal melepasi ujian saringan dadah selepas serbuan dilakukan di sekitar Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Brickfields, Cheras, Dang Wangi dan Sentul.

“Seramai 77 individu positif mengambil dadah jenis Methamphethamine manakala 20 individu lagi positif dadah jenis THC serta 11 individu mengambil dadah jenis Opiate,” katanya kepada pemberita di lokasi operasi awal pagi hari ini.

Zulkifli berkata operasi pada kali ini menumpukan beberapa kawasan PPR dan perumahan awam di ibu negara kerana ia dilihat sebagai kawasan berisiko tinggi (KBT) atau zon merah yang melibatkan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan penduduk.

“Sebanyak 178 KBT telah dikenalpasti di Malaysia, kalau di ibu negara sahaja semuanya adalah kawasan PPR yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Kerajaan perlu menitikberatkan beberapa faktor penting apabila ingin menambah pembangunan PPR antaranya daripada segi keperluan penduduk seperti riadah yang mungkin dapat mengurangkan risiko penyalahgunaan dadah dalam kalangan penduduk PPR,” katanya.

Beliau berkata kesemua Orang Kena Tahan (OKT) berumur dalam lingkungan 13 hingga 40 tahun ke atas dan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (APD) (Rawatan dan Pemulihan) 1983, manakala selebihnya mengikut Seksyen 6 (2) akta yang sama.

Operasi berkenaan yang bermula pada pukul 6 petang semalam turut disertai pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan dan Jabatan Pendaftaran Negara dengan kekuatan anggota seramai 85 tamat pada pukul 3 pagi tadi.

Pada 25 Okt lepas, AADK telah mengenalpasti sebanyak 12 lokasi di seluruh negara dikategori sebagai zon merah iaitu kawasan berisiko tinggi berdepan penyalahgunaan dadah berjaya diturunkan status kepada zon kuning dan zon hijau.

Dua belas lokasi itu merupakan antara 178 kawasan berisiko tinggi di bawah pemantauan agensi berkenaan. – BERNAMA

Tags: AADKPenagih Dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,800 individu dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun...

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

06/10/2024
0

Selama : Warga emas ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai melepaskan tembakan ke atas seorang penagih dadah yang mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd