• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lelaki Ditembak Mati Lepas Samun Kedai Emas

oleh
21/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati lima lelaki yang menyamun kedai emas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, enam lelaki tempatan bersenjatakan pistol serta parang meluru masuk ke pasar raya itu dan menyamun sebuah kedai emas.

Tanpa memberikan butiran, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata empat lelaki ditembak di lokasi kejadian manakala seorang lagi suspek yang cuba melarikan diri dengan sebuah kereta ditembak kira-kira satu kilometer dari lokasi itu.

Katanya polis dapat menahan seorang suspek kejadian itu.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, seorang anggota polis cedera terkena tembakan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

“Dua pucuk pistol dan beberapa bilah parang dirampas serta sejumlah besar barang kemas juga berjaya dirampas,” kata Fadzil.

Beliau berkata pihaknya kini menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Sementara itu, saksi yang ingin dikenali sebagai Diah, 26, berkata beliau melihat beberapa lelaki memakai topi keledar menuju ke kedai emas itu.

“Kemudian saya dengar bunyi tembakan dan terus melarikan diri kerana bimbangkan keselamatan diri,” katanya. – BERNAMA

Tags: penjenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd