• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

oleh Mohd Arshad
05/07/2025
dalam Jenayah
0
Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar Darul Aman di sini pagi tadi, disahkan mempunyai lebih 40 rekod lampau.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berdasarkan semakan dilakukan pihaknya ke atas identiti lelaki yang berusia 41 tahun itu.

Bagaimanapun identiti seorang lagi suspek belum diketahui berikutan tiada pengenalan diri ditemukan.

Namun beliau berkata polis percaya kedua-dua penjenayah itu terbabit dalam satu kumpulan besar yang melakukan jenayah kekerasan di seluruh negara, antaranya membabitkan pengedaran dadah, gangsterisme, pecah kilang dan samun.

“Siasatan lanjut kita percaya kumpulan ini dipercayai mula aktif sejak 2020 lagi…. setakat ini, Unit Foresik menemukan tiga kelongsong peluru di lokasi kejadian, namun proses siasatan masih dijalankan,” katanya ketika sidang media di lokasi kejadian.

Mengulas kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi, Fisol berkata pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah bersama Bukit Aman yang sedang melakukan rondaan ternampak sebuah pacuan empat roda mencurigakan sebelum cuba menahan kenderaan itu untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun kenderaan terbabit tidak memberikan kerjasama sebelum suspek melepaskan tembakan, memaksa pihak polis melepaskan tembakan balas yang akhirnya menyebabkan dua penjenayah itu maut.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan menemukan dua pistol iaitu jenis revolver dan semi auto serta beberapa peluru hidup, sebilah parang dan beberapa alatan dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah mereka,” katanya.

Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pemangku Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus yang turut berada di lokasi berkata, dua suspek itu dipercayai antara kumpulan yang terbabit pelbagai jenayah berat, dengan polis sedang menyiasat sama ada mereka terbabit kumpulan penjenayah di Klang, Selangor.

“Kumpulan terbabit dipercayai mempunyai lebih 30 ahli dan polis akan mengambil tindakan lebih agresif selepas ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: kes jenayahpenjenayahTembak Mati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

Next Post

KKM Di Peringkat Akhir Selesai Isu Pesakit Menunggu Lama Di Hospital Kerajaan

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

Next Post
KKM Di Peringkat Akhir Selesai Isu Pesakit Menunggu Lama Di Hospital Kerajaan

KKM Di Peringkat Akhir Selesai Isu Pesakit Menunggu Lama Di Hospital Kerajaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd