• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Ditahan, Polis Rampas Dadah Hampir RM1 Juta

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM804,000 dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara, Isnin lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dalam serbuan itu, lima lelaki tempatan berusia antara 22 dan 45 tahun berjaya diberkas.

“Serbuan yang bermula 2.30 petang Isnin lepas itu turut membawa kepada penemuan dadah seberat 19.1 kg dipercayai jenis heroin serta 9.3 kg jenis syabu yang diletakkan di dalam dua buah kenderaan di Setapak.

“Sindiket itu dipercayai bergerak aktif sejak tiga bulan lalu dengan menumpukan pasaran di ibu kota, Selangor dan Perak,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mazlan berkata sindiket ini dipercayai turut menggunakan modus operandi berbeza iaitu dengan meletakkan dadah berkenaan di dalam kenderaan yang didaftarkan atas nama individu lain bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Sebaik sahaja terdapat permintaan, dadah tersebut akan dibawa menggunakan kenderaan sama ke lokasi untuk diedarkan.

“Selain itu, kita turut menyita pelbagai jenis barang kemas, wang tunai serta lima kenderaan yang dianggarkan bernilai RM234,000,” katanya.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan reman tujuh hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadahsindiket pengedaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd