• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Warga Indonesia Ditahan, Bawa Bot Langgar Syarat

oleh
20/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Marin Wilayah Dua menahan sebuah bot pukat tunda beserta seorang tekong dan tiga orang awak-awak warga Indonesia pada kedudukan 4.8 batu nautika dari Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi, semalam.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata bot berkenaan ditahan anggotanya yang membuat rondaan pada pukul 9 malam kerana didapati melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985.

Katanya, keempat-empat mereka berusia 18 hingga 41 tahun itu ditahan setelah didapati menangkap ikan kurang dari enam batu nautika dari kawasan pantai.

“Tangkapan dibuat ketika Bot Ronda PSC 59 mendapati bot nelayan tempatan berkenaan sedang menunda pukat dalam keadaan mencurigakan.

Ketika ditahan, kita dapati terdapat hasil tangkapan ikan pelbagai jenis di atas bot berkenaan juga dianggarkan seberat 1,000 kilogram, ” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, bot berkenaan ditahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan empat warga asing itu dibawa ke Jeti Jabatan Perikanan Kuala Sedeli untuk siasatan lanjut.

Khiu berkata semua pengusaha bot nelayan haruslah mematuhi undang-undang dan tidak melanggar sebarang syarat yang termaktub di dalam lesen dan jangan mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan nasib komuniti nelayan pesisir pantai.

Katanya, operasi juga akan berterusan di perairan Laut Cina Selatan untuk membendung pelanggaran Akta Perikanan 1985. – BERNAMA

Tags: tekong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vape Dan Shisha Turut Dicadang Supaya Dilarang Di Semua Premis Makanan

Next Post

AirAsia, RHB Tawar Terbang Percuma Kepada Pelanggan

Related Posts

Terkejut Kawalan Ketat Punca Tekong Campak PATI Ke Laut

17/05/2022
0

PUTRAJAYA : Aktiviti kawalan penguatkuasaan yang amat ketat dikenal pasti menjadi antara punca ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) terpaksa...

Tekong Lari, Tinggalkan 200 Kilogram Ketum Dalam Sampan

10/04/2022
0

KANGAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi merampas 200 kilogram daun ketum setelah menahan sebuah sampan kayu ditinggalkan tekongnya...

Next Post

AirAsia, RHB Tawar Terbang Percuma Kepada Pelanggan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd