• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 ‘Superman’ Ditahan Dalam Op Lumba Haram

oleh Ahmad Albab
18/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat remaja termasuk dua pelajar sekolah menengah ditahan dalam Operasi Lumba Haram (Op Lumba Haram) selepas didapati menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘Superman’ di dua lokasi di sekitar ibu negara awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata mereka ditahan selepas melakukan tindakan itu di persimpangan lampu isyarat Greenwood dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

“Semasa operasi bermula 12.30 tengah malam hingga 3 pagi tadi, kami mendapati keempat-empat suspek berusia 16 hingga 19 tahun ini menunggang motosikal dengan melakukan aksi berbahaya dengan mengunjurkan kaki ke belakang.

“Pemeriksaan awal mendapati dua daripada individu yang ditahan merupakan pelajar sekolah menengah di Wangsa Maju dan Selayang dan mereka juga didapati tidak mempunyai lesen kenderaan.

“Pihak kami juga mengeluarkan sembilan saman ke atas mereka atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan Operasi Motosikal (Op Motosikal) di Jalan Pahang, bermula kira-kira 10.30 malam hingga 12.30 tengah malam tadi.

Tambah Zulkefly, sebanyak 85 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam operasi itu.

“Tidak mempunyai lesen memandu adalah jumlah kesalahan tertinggi diikuti lesen memandu tamat tempoh, cukai jalan tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi dan tidak menampal pelekat P,” katanya. – BERNAMA

Tags: lumba harampolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd