Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

India Diramal Negara Paling...

NEW DELHI - India dijangka mengatasi China untuk menjadi negara dengan jumlah penduduk...

Noh Puji Kugiran Masdo...

DENGAN lambakan penyanyi baharu kini, bukanlah sesuatu yang mudah untuk bakat mereka mendapat...

Baju Drake Disamakan Dgn...

MENJADI viral baru baru ini apabila sekeping gambar memamparkan baju dipakai penyanyi rap...

Wow… Ada 1.7 Juta...

KUALA LUMPUR - Di sebalik lambakan pelbagai jenis iklan ubat dan produk tenaga...

3 Kampung Di Pekan Dilanda Ribut, 24 Rumah Alami Kerosakan

PEKAN – Dua buah rumah rosak teruk manakala 22 lagi mengalami kerosakan dalam kejadian ribut yang berlaku di tiga buah kampung petang semalam.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Pekan, Zulkifli Mahmud berkata dalam kejadian ribut pada pukul 3.30 petang itu tiga buah kampung yang terlibat ialah Kampung Pasir Panjang (13 buah rumah), Kampung Ketapang Hilir (sembilan buah rumah) dan Kampung Sekukuh (sebuah rumah).

“Dua buah rumah yang rosak teruk ialah di Kampung Pasir Panjang kerana dihempap pokok. Bagaimanapun tiada mangsa yang tercedera dalam kejadian itu dan semua yang terlibat kini terpaksa menumpang di rumah saudara masing-masing sementara menunggu bantuan.

“Pihak JKM sendiri telah menyalurkan bantuan awal berbentuk wang tunai kepada wakil setiap rumah terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya lagi, pihak JKM sedang membuat bancian serta penilaian susulan bagi mendapatkan angka sebenar kerugian dialami penduduk. – BERNAMA

Kategori