• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Ditahan Bersama Dadah RM167K Di Butterworth

oleh Ahmad Albab
22/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Tiga individu, termasuk sepasang kekasih yang dipercayai pengedar dadah, ditahan polis bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM167,895 dalam serbuan di sebuah apartmen di Taman Tanjung Indah, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu rumah itu pada pukul 10.20 malam dan menahan dua lelaki serta seorang wanita berusia 23 hingga 26 tahun.

“Semasa serbuan itu, tiga individu dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah tersebut berada di dalam rumah berkenaan dan hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis merampas syabu seberat 750.9 gram (g), ketamin (340g), pil eramin 5 (230 biji) dan 23 biji pil ekstasi.

“Semua dadah yang dirampas itu bernilai RM167,895 dan ia dipercayai untuk pasaran di sekitar Butterworth dan Mak Mandin terutama di pusat-pusat hiburan,” katanya di sini hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan awal, suspek terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lepas dan menjadikan apartmen yang disewa seorang daripada mereka itu sebagai tempat menyimpan serta membungkus semula dadah berkenaan.

Noorzainy berkata ujian air kencing mendapati tiga orang itu positif dadah dan mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, katanya polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai pengedar dadah dan merampas syabu bernilai RM11,400 dalam serbuan di sebuah rumah di Lorong Bunga Raya 20, di sini pada Isnin.

“Dalam serbuan pukul 7.30 malam itu, polis merampas tiga paket syabu seberat 76 gram dan siasatan mendapati lelaki tersebut mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket sebelum membungkusnya dalam kuantiti kecil serta menjual kepada pelanggannya di sekitar Butterworth,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lepas dan dia turut positif dadah.

Katanya kedua-dua kes itu disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihaknya sentiasa menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif dalam usaha membendung kegiatan pengedaran dadah. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Edar Dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd