Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Sultan Ibrahim Titah Pertimbang...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor menggesa pelbagai pihak berkepentingan untuk memikirkan kembali idea...

Kotak Hitam Dipercayai Milik...

JAKARTA - Kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas dilaporkan ditemui...

32 Warga Asing Ditahan...

MELAKA - Sebanyak 32 warga asing termasuk lapan wanita ditahan dalam operasi bersepadu...

MIC Ubah Cara Berpolitik,...

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh...

25 Warga Myanmar Ditahan AKSEM Perlis Berhampiran Pagar Sempadan

PADANG BESAR – Impian 25 warga Myanmar untuk memasuki Malaysia dengan berjalan kaki selama 12 hari menempuh jarak lebih 100 kilometer dari Hatyai berakhir dengan penangkapan mereka di Bukit Kerengga, Kampung Kubang Tiga, Padang Besar, hari ini.

Menurut Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis DSP Syed Basri Syed Ali, pendatang asing tanpa izin (PATI) itu berumur 18 hingga 45 tahun terdiri daripada 23 lelaki dan dua perempuan.

“Mereka dipercayai membayar ejen sebanyak RM3,000 seorang untuk dibawa dari Hatyai ke sempadan Malaysia-Thailand dan masuk dengan merosakkan pagar sempadan pada kira-kira 3.30 pagi ini.

“Bagaimanapun, Aksem yang mendapat maklumat mengenai sekumpulan orang berjalan kaki di Kampung Kubang Tiga pada kira-kira 1 tengah hari ini telah menghantar satu pasukan dan menahan mereka pada 2.30 petang ini,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Syed Basri berkata pemeriksaan yang dibuat mendapati semua warga Myanmar itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai menuju ke Kuala Lumpur sebagai destinasi terakhir untuk bekerja.

Kampung Kubang Tiga terletak lapan kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.


Syed Basri berkata kesemua PATI kemudian dibawa balik ke Kem Aksem Chuping sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, kata Syed Basri.

“Kesemua mereka boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih enam sebatan jika sabit kesalahan,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori