Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

4 Wanita Tukang Urut...

GEORGE TOWN - Polis menahan empat wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang...

Nelayan Rugi RM80,000, Bot...

MELAKA - Tujuh nelayan kerugian kira-kira RM80,000 setelah bot, enjin dan beberapa peralatan...

Jepun Arah Lebih Sejuta...

TOKYO - Jepun mengarahkan lebih satu juta penduduk berpindah berikutan kebimbangan berlakunya tanah...

VIDEO: Comel Sungguh Adik...

OH, comel sungguh melihat aksi dua beradik dalam video yang dimuatnaik oleh bapa mereka menerusi...

Aksem Perlis Sita 639 Karton Arak Di N.Sembilan

KANGAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) merampas 639 karton minuman keras pelbagai jenis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Templer, Seremban, Negeri Sembilan Selasa lepas.

Komander AKSEM Perlis DSP Syed Basri Syed Ali berkata serbuan yang dilakukan kira-kira 12.30 tengah hari itu membabitkan rampasan dianggarkan bernilai RM218,272.51.

“AKSEM membuat pemantauan di rumah tidak berpenghuni itu selama hampir dua jam sebelum bertindak potong mangga kunci selepas tiada pemilik kediaman yang tampil,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan pihaknya menemukan sejumlah minuman keras pelbagai jenama yang diletakkan di ruang tamu rumah berkenaan yang disyaki tidak lulus Kastam, kata Syed Basri.​​​​​​​

Beliau menambah kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda 10 kali ganda nilai cukai atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori