• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

242 Pegawai, Anggota Polis Kawal MAHA 2018

oleh Ahmad Albab
19/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Seramai 242 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal keselamatan serta kelancaran lalu lintas bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 yang akan bermula Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata penugasan itu khusus bagi mencegah sebarang insiden jenayah dan masalah kesesakan berikutan kehadiran pengunjung dijangka melebihi 3.5 juta orang sepanjang 11 hari MAHA berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

“Berikutan itu, pihak kami memberi tumpuan kepada beberapa penugasan utama seperti menempatkan balai polis bergerak, kawalan di tempat letak kereta serta kawalan keselamatan tapak pameran.

“Bagi memudahkan pengunjung mendapatkan bantuan dari aspek keselamatan, kami akan menempatkan balai polis bergerak di Laman Tiba 1 dan Laman Tiba 2 serta di hadapan Dewan A, iaitu satu daripada lokasi utama pameran,” katanya pada sidang media berhubung kawalan keselamatan dan lalu lintas bersempena MAHA 2018 di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz, pihak penganjur telah menyediakan 6,744 tempat letak kereta, 1,000 parkir motosikal serta 100 tempat meletak bas dengan anggota trafik akan ditugaskan bagi memastikan pengunjung mematuhi arahan penggunaan kemudahan tersebut.

Orang ramai juga boleh memainkan peranan mengurangkan kesesakan dengan memilih mengggunakan perkhidmatan bas ulang-alik yang disediakan penganjur di beberapa lokasi khusus seperti Putrajaya Presint 14; Presint 4; Putrajaya Sentral; IOI City Mall dan KTM Serdang, katanya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian Industri Asas Tani Datuk Salim Parlan yang juga hadir pada sidang media itu berkata pengunjung perlu mempunyai kad Touch ‘n Go untuk menggunakan kemudahan pakir yang disediakan dengan kadar bayaran RM5 bagi sekali masuk.

Beliau berkata antara pembaharuan MAHA kali ini adalah perkhidmatan Motosikal Tiga Roda dengan bayaran RM5 bagi mengangkut pengunjung yang membeli barangan yang banyak.

“Bagi memudahkan pengunjung menjelajah MAEPS, kami juga memperkenalkan perkhidmatan Maha Rider menggunakan 30 motosikal dengan kadar bayaran RM3,” katanya. – BERNAMA

Tags: MAHA 2018polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd