Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wajah Iras Scha, Dayana...

PELAKON yang  mula dikenali menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia, Dayana Roza menepis...

Hishammuddin Digesa Jelaskan Isu...

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi...

APMM Tahan Kapal Asing...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal kargo kerana...

“Siapa Cakap Saya Balik...

MULUT manusia ni memang susah nak tutup, ada saja tindak tanduk orang lain...

24 PATI Ditahan Di Parit Buntar

PARIT BUNTAR – Dua puluh empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Bersepadu di sekitar pekan Parit Buntar, malam tadi.

Yang DiPertua Majlis Daerah Kerian (MDK), Helmi Yusof@Jusoh berkata PATI ditahan itu melibatkan 15 warga Thailand dan sembilan rakyat India yang kesemuanya bekerja di beberapa premis makanan di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau berkata kesalahan dilakukan semua PATI tersebut kerana tidak mempunyai pas perjalanan sah serta permit kerja tamat tempoh dan mereka diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,

“Kita memeriksa lapan premis dan daripada jumlah itu tiga premis dikompaun kerana tidak mempunyai lesen perniagaan, manakala lima majikan dikenakan tindakan oleh Jabatan Imigresen kerana menggaji PATI,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Helmi berkata operasi bersepadu bermula 8.30 malam hingga 11.40 malam itu disertai 44 anggota dari MDK, Jabatan Imigresen dan Pejabat Kesihatan Daerah Kerian. – BERNAMA

Kategori