• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Indonesia Diburu Berhubung Kes Bunuh Rakan

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu dua lelaki warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki di Ladang Kambau dekat Kota Tinggi, tiga hari lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata berdasarkan risikan, kedua-duanya dipercayai rakan senegara mangsa.

“Mengikut risikan, polis mengenal pasti penglibatan dua lelaki warga asing (rakyat Indonesia) dalam kes bunuh ini tetapi kedua-dua mereka ini sudah melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamaluddin Kassim dilaporkan berkata Rizal Muhamad, 38, ditemukan mati dalam lubang tadahan air dengan kesan tikaman di seluruh tubuh di ladang berkenaan, pada 10.30 malam Ahad.

Mayat lelaki itu ditemukan oleh seorang kakitangan ladang itu dalam keadaan telentang dalam lubang tadahan air yang terletak di tepi ladang tersebut, katanya.

Kamaluddin berkata hasil siasatan mendapati mangsa yang juga pekerja di ladang berkenaan adalah seorang penduduk tetap.

Mangsa ditikam di bahagian belakang badan dan perut manakala kening, bawah leher, perut, bahu, jari serta tangan ada kesan hirisan, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh. – BERNAMA

Tags: kes bunuhrakan senegara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd