• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Individu Sembunyi Wang Milik Wanita Warga Emas

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah RM350,000 milik seorang wanita warga emas, Ogos lepas.

Tertuduh, Mazlan Muharan, 24, dan Lim Siew Wai, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Lee Kim Keat.

Mazlan, didakwa menyembunyikan wang bernilai RM30,000 milik Boey Pick Fong, 75, seorang pesara guru ke akaun CIMB tertuduh dengan cara penipuan untuk melepaskan tuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram di Public Bank Cawangan Jalan Laksamana di sini, pada 8.41 malam, 20 Ogos lepas.

Lim, didakwa menyembunyikan wang bernilai RM320,000 milik mangsa yang sama ke akaun Bank Rakyat tertuduh dengan cara dan tujuan sama di HSBC Bank Cawangan Jalan Hang Tuah di sini, pada 1.30 petang, 23 Ogos lepas.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin mencadangkan Mazlan, tukang pasang pelamin dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala Lim bekas pekerja kilang RM15,000 dengan seorang penjamin.

Namun, Lim merayu agar dikurangkan jaminan atas alasan dia merupakan ibu tunggal yang perlu menanggung empat orang anak, manakala Mazlan tidak menyatakan sebarang rayuan.

Majistret Lee kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan seorang penjamin iaitu Mazlan RM10,000 dan Lim RM5,000.

Mahkamah menetapkan 8 Jan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. – BERNAMA

Tags: kes tipuwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd