• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Najib Akui Ditipu

oleh Cj Mnh
22/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengakui pentadbiran beliau ditipu oleh pihak yang diberi kepercayaan untuk menguruskan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, kerajaan melantik peguam, juruaudit dan bank Goldman Sachs Group (Goldman) untuk memantau syarikat pelaburan strategik negara itu, namun sebaliknya berlaku apabila ia tidak dikawal selia dengan baik.

“Kita sudah melantik peguam, juruaudit dan bank… maknanya kita sudah wujudkan sistem yang betul…tetapi mereka ini tidak memainkan peranan yang sebenar…itulah kesimpulannya,” katanya dalam program wawancara menerusi FB Live Sinar Harian di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai kesilapan pentadbiran kerajaannya yang gagal mengesan penipuan membabitkan Jho Low Teck atau Jho Low.

Ditanya mengenai keputusan 1MDB bekerjasama dengan Jho Low, Najib berkata pentadbiran beliau mengambil keputusan itu selepas menilai kemampuan ahli perniagaan itu yang turut mempunyai hubungan rapat dengan beberapa negara di Asia Barat.

“Dia (Jho Low) asalnya ialah perunding kepada Terengganu Investment Authority (TIA). Sebelum dia bersama 1MDB, dia ada hubungan rapat dengan negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

“Dia juga berjaya membawa pelaburan kepada kedua-dua negara ini. Jadi, ketika itu, saya melihat dari sudut ini (kejayaan membawa pelaburan). Namun, apabila dia menipu, tindakan perlu diambil terhadapnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib mengulangi pendirian bahawa isu 1MDB bukan faktor utama kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya mengakui isu 1MDB ada kesannya, tetapi saya tegaskan isu 1MDB menjadi antara faktor, bukan satu-satunya faktor atau faktor utama kepada kejatuhan BN,” katanya. – BH Online

Tags: ditipuIsu 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

20/11/2023
0

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian...

150 Individu Dakwa Rugi RM830 Juta Ditipu Sindiket Pelaburan

150 Individu Dakwa Rugi RM830 Juta Ditipu Sindiket Pelaburan

11/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Tawaran keuntungan antara 15 hingga 17 peratus antara taktik digunakan sindiket penipuan pelaburan untuk menarik dan memerangkap lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd