• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Laporan Ketua Audit Kebenaran Yang Berhak Diketahui Rakyat

oleh Ahmad Albab
26/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendedahan oleh Ketua Audit Negara mengenai pengubahan maklumat penting terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah kebenaran yang berhak diketahui oleh rakyat Malaysia, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Katanya tindakan berkenaan adalah wajar kerana ia perkara benar yang disembunyikan selama ini.

“If we’re talking about disclosing the truth, the people has the right to know the truth (Sekiranya kita bercakap untuk menyatakan kebenaran, orang ramai berhak mengetahui kebenaran,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB telah diubah, antaranya atas arahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas ketua setiausaha sulit Najib, Tan Sri Shukry Salleh.

Dalam kenyataan bertarikh 24 Nov, Madinah berkata dua perkara penting yang digugurkan dalam laporan itu menyentuh kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu daripada mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan perenggan yang mengandungi dua versi penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014.

Madinah berkata beliau menyampaikan taklimat pada 23 Nov kepada kabinet mengenai pindaan kepada laporan akhir itu dan menambah kata jemaah menteri telah mengarahkannya untuk mengeluarkan kenyataan kepada media mengenai perkara itu. – BERNAMA

Tags: 1MDBLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd