• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

157 Pelajar Jalinan Kasih Terima Sumbangan Sunway

oleh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegembiraan jelas terpancar di wajah dua beradik Muhamad Haikal Atuni, 15, dan adiknya Anisha Atuni, 12, selepas menerima barangan persekolahan sumbangan Sunway Group dalam program Kembali ke Sekolah di Sunway Putra Mall hari ini.

Kedua-dua beradik dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) itu antara 157 pelajar yangi menerima sumbangan kelengkapan persekolahan itu.

Anisha berkata sumbangan itu dapat mengurangkan beban keluarganya yang menyewa sebuah bilik di Jalan Chow Kit di sini.

“Saya dan abang baru empat tahun belajar di SBJK. Selalunya selepas habis sekolah, saya akan tolong emak dan ayah menjahit anak patung dan beg untuk dijual.

“Kadang-kadang jahitan dihantar ke sekolah dan cikgu tolong jual. Kadang-kadang saya dan adik-adik ikut emak jual anak patung dan beg,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi usahawan.

Sementara itu, Guru Besar SBJK, Zulkernai Fauzi berkata beliau sangat menghargai usaha Kumpulan Sunway bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Pelajar-pelajar ini menghadapi banyak masalah di luar sekolah. Sebahagiannya tinggal di lorong-lorong dan di bawah jambatan, ada yang berasal daripada keluarga tunggal, kira-kira 49 peratus daripada mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan rasmi.

“Sumbangan ini membuatkan mereka berasa dikehendaki dan pasti akan menggalakkan mereka untuk meneruskan persekolahan,” katanya kepada Bernama.

Zulkernai berkata SBJK yang menyediakan pembelajaran percuma kepada mereka yang berumur empat hingga 19 tahun dan ditubuhkan sebagai inisiatif Kementerian Pelajaran menyediakan akses kepada pendidikan untuk kanak-kanak yang tercicir dan terbiar, dan dikategorikan sebagai anak jalanan di sekitar Kuala Lumpur.

Pengurus Besar Kanan Pemasaran Jenama dan Komunikasi Kumpulan Sunway , Jane Poh berkata Kumpulan Sunway menyumbangkan kira-kira RM470,000 untuk Program Kembali Ke Sekolah 2018.

Selain Kuala Lumpur, program itu dijangka ​​​​akan memanfaatkan 4,000 pelajar daripada keluarga B40 melibatkan 59 buah sekolah di empat negeri lain iaitu Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

“Adalah menjadi harapan menerusi sumbangan kecil kami dengan menyediakan bekalan sekolah menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri dan persekutuan melalui program Kembali Ke Sekolah ini akan memberi inspirasi kepada para pelajar untuk meneruskan persekolah, dan sebagai tanda bahawa mereka tidak bersendirian walaupun menempuh pelbagai rintangan. Kami di sini sebagai rakan senegara ingin melihat mereka berjaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: sumbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

25/05/2025
0

IPOH - Waris dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada...

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

22/05/2024
1

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd