• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Rakyat Malaysia Sindiket ‘Macau Scam’ Di Danok

oleh Ahmad Albab
02/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SONGKLA – Polis Thailand menahan 15 anggota sindiket penipuan ‘Macau Scam’ termasuk 10 lelaki warga Malaysia dalam operasi bersepadu di pekan Danok, yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Sepuluh warga Malaysia dan lima tempatan itu ditahan dalam serbuan pihak berkuasa terhadap lima lokasi di pekan Danok pada Rabu lepas.

“Kebanyakan mangsa sindiket itu adalah warga China, Taiwan dan Malaysia dengan jumlah penipuan dianggarkan mencecah 5 juta Baht (RM657,000) sebulan,” kata Pemangku Ketua Polis Imigresen Thailand Mej Jen Surachet Hakpal di sini hari ini.

Sindiket melakukan penipuan dengan mengiklankan usaha membina kuil dan rumah-rumah ibadat dalam Facebook serta mempelawa mangsa ‘menderma’ sejumlah wang ke akaun tertentu yang diwujudkan bagi tujuan derma itu, katanya.

Surachet berkata, sindiket itu diketuai seorang lelaki warga Malaysia dikenali sebagai ‘Ah Khun’.

Dalam operasi itu, polis merampas 51 telefon bimbit, komputer, puluhan buku akaun bank dan kad ATM serta wang tunai 41,500 Baht (RM5,400) dan RM31,000. – BERNAMA

Tags: polisSindiket Macau Scam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd