Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Pakatan Berakhir, K’jaan Selangor...

SUSULAN pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat (PR) berakhir,...

PRN Johor: Guan Eng...

JOHOR BAHRU: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengulangi gesaan agar prosedur operasi...

Nama Terpanjang, Popular Dalam...

PUTRAJAYA - Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah...

Imej Nora Danish Terkini...

TINGKAH laku dan gaya selebriti yang dikenali sebagai 'hot mama' ini  sentiasa mencuri...

Waris Tidak Solven Digesa Tampil Ke Insolvensi

SANDAKAN – Waris mereka yang tidak solven (tidak mampu bayar) digesa tampil dan mengemas kini maklumat tak solven yang telah meninggal dunia di Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata pada masa ini bilangan tidak mampu bayar yang meninggal dunia adalah angka terbesar tak solven dalam statistik Mdl.

“Adalah sukar untuk kami mengesan mereka ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Liew, setakat ini sebanyak 1,850 kes bankrap dilaporkan di daerah ini dan kira-kira 6,000 kes di Tawau dengan keseluruhan 40,000 kes muflis dilaporkan di pelbagai daerah di kota Kinabalu.

Katanya kes muflis tertinggi melibatkan penjamin pinjaman serta mereka yang gagal melunaskan pinjaman sewa beli kenderaan.

“Ini diikuti oleh mereka yang gagal menyelesaikan pinjaman perumahan, pinjaman pengajian, cukai pendapatan serta pinjaman peribadi,” katanya.

Katanya stastitik juga menunjukkan kebanyakan mereka yang diisytiharkan muflis adalah kerana mereka tidak memindahkan hak milik kenderaan kepada pemilik baharu yang gagal membuat bayaran bulanan.


Beliau berkata seseorang yang muflis tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya selain mungkin tidak boleh membuka akaun bank atau memohon pinjaman di samping tidak boleh menjadi sebahagian daripada barisan pengurusan agensi kerajaan atau swasta.

Liew turut menggesa mereka yang diisytiharkan bankrap agar datang ke pejabat Mdl terdekat bagi menguruskan aset mereka.

Bagaimanapun katanya kerajaan mengecualikan mereka yang menjadi penjamin pinjaman sosial, orang kelainan upaya serta mereka yang menghidap penyakit kronik daripada diisytiharkan muflis.

“Individu-individu ini boleh tampil ke Mdl agar ia (Mdl) boleh merayu di mahkamah dan membebaskan mereka daripada status muflis,” katanya. – BERNAMA

Kategori