• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga China Ketuai Interpol Disiasat Kerana Rasuah

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Rakyat China yang menge­tuai pasukan polis antarabangsa, Interpol, meletak jawatan semalam ketika Beijing mengumumkan individu berkena­an kini disiasat kerana melanggar undang-undang negara, manakala isterinya menyua­rakan kebimbangan tentang nyawa suaminya selepas dia hilang secara tiba-tiba.

Beijing berdiam diri mengenai nasib Presiden Interpol, Meng Hongwei yang juga Timbalan Menteri Keselamatan Awam China sejak pegawai-pegawai Pe­rancis mendedahkan pada Jumaat lepas bahawa dia dilaporkan hilang selepas pulang ke tanah air dari Perancis, bulan lalu.

Kes Hongwei boleh mencemarkan usaha Beijing untuk mengetuai organi­sasi antarabangsa tetapi ia juga memberi tamparan kepada Interpol yang bertanggungjawab mencari orang hilang. Pasukan polis antarabangsa itu berpangkalan di Lyon, Perancis.

Isterinya, Grace memberitahu pembe­rita di Lyon bahawa dia bimbang selepas menerima mesej teks daripada suaminya berserta emoji pisau.

Suruhanjaya Pemantauan Nasional Chi­­­na yang mengendalikan kes rasuah penjawat awam, memecah ke­buntuan awal semalam apabila mengeluarkan ke­nyataan ringkas menyatakan, Hongwei kini disisat kerana melanggar undang-undang negara melibatkan ra­suah.

Advertisement

Tidak lama selepas itu, Interpol mendedahkan bahawa pihaknya menerima peletakan jawatan Hongwei berkuatkuasa serta-merta.

Ini merupakan kes kehilangan indivi­du berprofil tinggi terbaharu di China di mana sebilangan pegawai tinggi, bi­lionair, malah, artis terkenal turut hilang berminggu-minggu atau berbulan-bulan dan hanya muncul di mahkamah untuk pendakwaan,itupun jika mereka muncul kembali. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: ChinaInterpolKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nahas Limousin Ragut 20 Nyawa

Next Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd