• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan minat belian serta akibat faktor pengukuhan unit negara maju berkenaan, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.1550/1600 berbanding 4.1530/1560 sewaktu pasaran ditutup pada Isnin.

Peniaga itu berkata selain pengukuhan dolar AS dan pertikaian dagangan antara AS dan China yang berlanjutan, elemen seperti landskap politik dan ekonomi tempatan selain harga minyak turut mempengaruhi prestasi ringgit.

“Susulan ketegangan membabitkan China dan AS, pelabur sebaliknya akan bertindak mencari pasaran lain yang menjaminkan sebelum meneruskan melabur,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, mata wang China mencecah paras terendahnya dalam tempoh tujuh minggu iaitu 6.9315 yuan berbanding dolar AS berikutan kebimbangan pelabur terhadap ketegangan perdagangan yang semakin ketara ketika menimbang sama ada satu lagi kenaikan kadar faedah perlu dilaksanakan atau sebaliknya.

Setakat 9 pagi ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, berada pada AS$83.74 setong.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0015/0053 daripada 2.9979/3007 semalam dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6744/6798 daripada 3.6639/6668.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.7737/7798 daripada 4.7647/7694 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.4372/4454 daripada 5.4242/4302. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang tempatan, ringgit Malaysia, dilihat kembali melemah apabila didagangkan sekitar RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd