• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Ingin Ikuti Pengajian Agama Di Perlis Akan Ditapis

oleh Ahmad Albab
14/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Polis Perlis akan membuat tapisan ke atas semua warga asing yang memohon untuk mengikuti pengajian di negeri itu.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata ini susulan penahanan seorang pelajar asing sebuah pusat pengajian agama Islam di sini berhubung aktiviti keganasan yang didapati memasuki negara ini menggunakan visa pelancong.

Penggunaan visa pelancong menyukarkan polis untuk mengesan niat sebenar mereka untuk belajar di pusat pengajian agama di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman meninjau projek pembinaan ibu pejabat baharu polis Kontinjen Perlis.

Noor Mushar berkata operasi pusat pengajian agama di Bukit Jerneh, Kangar itu dihentikan buat sementara dan semua 119 pelajar asing serta 25 pelajar tempatan yang mengikuti pengajian di pusat tersebut akan ditapis bermula esok.

Proses saringan itu dijangka mengambil masa satu hingga tiga minggu untuk selesai, katanya.

Menurutnya sejumlah warga asing yang telah membuat permohonan untuk belajar di pusat pengajian di Perlis akan ditapis sebelum mereka dibenarkan berbuat demikian.

Pada 24 Sept lepas, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Bukit Aman menahan lapan orang yang dikaitkan dengan aktiviti pengganas, enam di pusat pengajian tersebut manakala seorang di Kuala Lumpur dan seorang lagi di Johor. – BERNAMA

Tags: Perliswarga asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd